Friday, August 04, 2006

Tazkirah setiap hari













Dunia itu Racun , Zuhud itu Ubatnya.. Harta itu Racun , Zakat itu Ubatnya.. Perkataan yg Sia Sia itu Racun , Zikir itu Ubatnya.. Seluruh Umur itu Racun , Taat itu Ubatnya.. Seluruh Tahun itu Racun , Ramadhan itu Ubatnya.. -------------------------------------------------------------------------------------

Kubur menyeru kita sebanyak 5 kali dlm 1 hari....... Aku Rumah yang Gelap , maka Terangkanlah aku dengan Solat Malam. Aku Rumah yang Terpencil , maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. Aku Rumah yang penuh tanah dan debu , maka bawalah amal soleh yang akan menjadi Hamparan. Aku Rumah Ular Berbisa , maka bawalah amalan Bismillah sebagai Penawar. Aku Rumah pertanyaan Munkar dan Nankir , maka banyakkanlah bacaan "Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah" , supaya kamu dapat jawab pada soalannya ....